SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3
Friday, 9 September 2016
Friday, 2 September 2016
SEJARAH SEKOLAH
S
|
MK Kubang Kerian 3 telah mula dibina pada tahun 2007 di atas tanah seluas 10.1 ekar yang
berada di Mukim Pauh. Walaupun pada jangkaannya disiapkan pada tahun 2009, namun
atas beberapa faktor, pembinaan berlanjutan sehingga tahun 2011. Pada bulan Oktober 2011 pihak kontraktor
dengan rasminya menyerahkan projek sekolah ini ke JPN dan pada tanggal 16
November 2011, dengan rasminya sekolah ini mula beroperasi dengan pengambilan
kohort pertama. Pelajar tingkatan 1 berjumlah 87 orang murid saluran dari SMK
Panji dan SMK Kubang Kerian, Kota Bharu.
Manakala seramai 8 orang guru
telah ditempatkan disekolah ini yang diambil dari sekolah sekitar. Pada bulan
Januari 2012, sekolah mula menerima pelajar tingkatan 1 dari sekolah saluran
yang berhampiran iaitu SK Demit, SK Kubang Kerian 3 dan SK Sultan Ismail 4.
Pada tahun 2013, sekolah telah menerima
pelajar tingkatan 4 seramai 71 orang dari SMK Panji dan SMK Kubang Kerian. Jumlah
pelajar pada tahun 2013 adalah seramai 563 pelajar yang terdiri dari pelajar
tingkatan satu hingga lima. Oleh itu, pada tahun 2013, pelajar tingkatan 3
menghadapi peperiksaan PMR dan merupakan anak sulung yang menghadapi
peperiksaan PMR di sekolah ini. Seterusnya, pada tahun 2014 pula seramai 69
calon telah mengambil peperiksaan SPM dan seramai 185 calon menduduki Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3).
Subscribe to:
Posts (Atom)