PERATURAN
4, PERATURAN –PERATURAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
(KELAKUAN
DAN TATATERTIB) 1996 DAN PERATURAN SEKOLAH
4.1
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI PERKHIMATAN AWAM
A.
TATAKELAKUAN
(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap
masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada Yang diPertuan Agong, Negara dan kerajaan.
(2) Seseorang pegawai tidak boleh:-
(a) Membelakangkan tugas awamnya demi
kepentingan persendiriannya;
(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang
mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas
awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang
mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:
(i)
dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas
awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam atau
(ii)
dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara
hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan;
(i) engkar perintah;
(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya
B.LARANGAN
(I) Ditegah sama sekali (Mutlak)
PER
|
JENIS LARANGAN
|
4A
|
Gangguan
seksual
|
7
|
Menyalahgunakan
dadah
|
9
|
Menerima/Memberi
keraian
|
11
|
Menyelenggara
taraf hidup yang melebihi daripada emolumen rasmi dan pendapatan persendirian
yang sah
|
12
|
Meminjam
wang/Menjadi penjamin
|
13
|
Keberhutangan
kewangan yang serius
|
15
|
Meminjamkan
wang dengan bunga
|
16
|
Penglibatan
dalam pasaran hadapan
|
17
|
Cabutan
bertuah dan loteri
|
18
|
Penerbitan
buku berdasarkan maklumat terperingkat
|
20
|
Penyunting
akhbar/Majalah/Jurnal
|
21
|
Kegiatan
politik
|
22
|
Tidak
hadir bertugas tanpa cuti/tanpa kebenaran/tanpa sebab yang munasabah
|
(II) Boleh
dibuat dengan kebenaran
PER
|
JENIS LARANGAN
|
KUASA MEMBERI
KEBENARAN
|
5
|
Pekerjaan
Luar
|
Ketua
Jabatan
|
6
|
Pakaian
|
KPPA
|
8
|
Hadiah
|
Ketua
Jabatan
|
10
|
Pemunyaan
Harta
|
Ketua
Jabatan
|
19
|
Penyataan
Awam
|
Menteri
|
21
|
Kegiatan
Politik
i)
Kump. Sokongan
ii)
Cuti Sebelum Bersara
|
KPPA/KSU
|
22
|
Membawa
Perbicaraan Undang – Undang/Bantuan Guaman
|
KSU
|
4.2 PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH
Untuk melicinkan lagi jentera pentadbiran dan pengurusan sekolah
ini, dinyatakan beberapa peraturan dan panduan untuk guru-guru .
A. KEHADIRAN
1. Waktu Sampai ke
Sekolah
a) Semua guru hendaklah sampai ke sekolah
selewat - lewatnya 10 minit(7.30 PG)
sebelum
waktu pertama proses pengajaran &
pembelajaran.
Masa
|
Aktiviti
|
Tindakan
|
7.30 pg
7.35 pg
7.40 pg
|
Guru Masa Pertama bersama – sama
pelajar beratur di Dataran Perhimpunan
Nyanyian Lagu Negaraku dan
Selamat Sultan, Bacaan Doa
Pengajaran & Pembelajaran
bermula
|
Guru Bertugas Mingguan
Guru mata pelajaran masa
pertama.
Pengawas Bertugas
|
b) Semua guru dikehendaki mengetik kedatangan
guru sebaik tiba disekolah dan semasa
balik (punch in dan punch out).
c) Guru hendaklah bersama – sama dengan pelajar di Dataran
Perhimpunan untuk sama – sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan
bacaan doa
(7.30 pg)
d) Guru yang lambat tiba dikehendaki berjumpa
dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu untuk
memberitahu sebab-sebab kelewatan.
2.
Guru Tidak Hadir
v Guru-guru yang tidak dapat hadir kerana bercuti sakit atau bercuti
kecemasan DIWAJIBKAN menghubungi
Pengetua/Penolong Kanan seawal-awal yang boleh sebelum masa sekolah dimulakan
supaya jadual guru ganti dapat disediakan.
3. Guru Yang Bercuti
v Guru-guru yang bercuti sakit atau bercuti kecemasan diwajibkan
melaporkan diri kepada Pengetua/Penolong
Kanan apabila kembali bertugas. Mereka dikehendaki menyerahkan surat
akuan cuti sakit sebaik sahaja melaporkan diri.
v Semua guru yang mendapat kebenaran cuti tanpa rekod atau urusan
luar dikehendaki memberi satu salinan
surat kebenaran kepada Pengetua/Penolong Kanan.
B)
KELUAR WAKTU BERTUGAS
v
Pada waktu persekolahan guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran
Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Pengetua/Penolong Kanan.
v
Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan
sekolah.
v
Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk
semula.
v
Garis panduan kebenaran meninggalkan waktu pejabat dalam waktu bekerja:
(SSJPA(Saraan)(S)1619Klt16(7)
bertarikh 9Dis 2009)
a. Pegawai hendaklah mendapat kelulusan daripada
Pengetua/Pen Kanan Pentadbiran dengan menggunakan borang yang disediakan.
b. Kebenaran boleh diberikan bagi tujuan menyelesaikan
urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja.
Keutamaan hendaklah diberikan kepada tugas dan tanggungjawabnya sekiranya
urusan pesendirian tersebut boleh diselesaikan secara atas talian atau
perkhidmatan yang disediakan di luar waktu bekerja.
c. Ketua Jabatan boleh menggunakan budicara memberi
kebenaran setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan.
d. Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk meninggalkan
pejabat hendaklah TIDAK MELEBIHI 4 JAM
SEHARI. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi tempoh ditetapkan pada
hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang
berkaitan.
e. Pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di
klinik/hospital dikehendaki mengemukakan “time
slip” atau sebarangdokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk
mengesahkan mendapatkan rawatan.
f. Tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap
Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya
oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang
dikeluarkan.
g. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan yang
disediakan ini tidak disalahgunakan oleh pegawai terutamanya dari segi
kekerapan penggunaannya.
h. Garis panduan ini tidak terpakai kepada pegawai yang
mempunyai anak kurang upaya. Pegawai masih tertakluk di bawah pemakaian surat
edaran yang sedia ada.
C)
MELAKUKAN KERJA LUAR
v
Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan
mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut:
Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua
Jabatan
a)
Dibenarkan dengan syarat :-
- Tidak
dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
- Tidak
menjejaskan sebagai penjawat awam
- Tidak dengan apa-apa cara
berkecenderungan bercanggah
dengankepentingan jabatan.
v Berhubungan
dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan
bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi
RM50,000(Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya
sekali.
D)
CUTI
v Cuti
Rehat/Cuti Penggal
Mengikut
Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah
cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar
biasa.
v Cuti
Rehat Khas (CRK)
-
Cuti Sambilan tidak lebih daripada
tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan
8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas
sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar; dan
-
Cuti Rehat Khas yang tidak dapat
dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk
dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang
layak.
-
Cuti ini layak kepada semua guru
termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.Kelulusan diberikan oleh
Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
-
Bilangan hari CRK yang layak
diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun
berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C ).
-
Guru dan kakitangan sokongan
dikehendaki mengisi borang Cuti Rehat Khas seminggu sebelum tarikh cuti yang
dipohon KECUALI bagi kes – kes kecemasan diisi dengan segera selepas melaporkan
diri kepada Pengetua/Pen Kanan Pentadbiran.
v Cuti
Sakit
a)
Sijil Sakit yang dikeluar oleh
doktor swasta melebihi 15 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh
b)
Pegawai Perubatan Kerajaan. Cuti
sakit dalam yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 180 hari
dalam setahun.
c)
Cuti sakit yang melebihi 90 hari
setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
d)
Menjadi tanggungjawab
guru/kakitangan sokongan untuk melaporkan dengan segera kepada pengetua jika
mendapat cuti sakit.
v Cuti
Keluar Negara
a) Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat
kelulusan. Sila isikan permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya
4 minggu sebelum tarikh bercuti (bagi negara bukan Komunis dan 5 Minggu bagi
negara Komunis)
v
Cuti Khas – Isteri bersalin
a)
Diberikan selama tujuh (7) hari
sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya
termasuk semua hari rehat dan kelepasan am.
b)
Kemudahan ini dihadkan kepada lima
(5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
v
Cuti tanpa rekod
a)
Cuti tanpa rekod yang dibenarkan
adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela,
menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat
kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil
bahagian sukan, tugas khas perubatan.
v
Cuti Urusan Kematian Keluarga
Terdekat.
a)
Diberikan kepada pegawai yang
kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod.
Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan
bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
v Cuti
Tanpa Gaji
a)
Mengikut Perintah Am Bab C Cuti
Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
b)
Cuti Tanpa Gaji daripada
kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
c)
Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30
hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
d)
Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan
keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
e)
Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang
tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Borang permohonan handaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
f)
Memohon Cuti/Cuti Tanpa Gaji
i.
Guru-guru tidak
digalakkan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan peribadi kecuali
perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, dan mengganggu pentadbiran sekolah
serta kepentingan murid-murid tidak terkorban.
ii.
Guru-guru dan
kakitangan sekolah hendaklah memberitahu Pengetua terlebih dahulu sebelum
memohon cuti tertentu. Misalnya cuti untuk memasuki peperiksaan kerajaan, cuti
melancong ke luar negeri, cuti sambilan, dan cuti tanpa rekod.
iii.
Guru-guru dan
kakitangan sekolah tidak dibenarkan bercuti atau meninggalkan tugas sekolah
sebelum permohonan cuti diluluskan.
iv.
Sila semak daripada
Pejabat Sekolah mengenai syarat-syarat memohon sesuatu jenis cuti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
v.
Guru-guru yang
mengambil cuti bersalin dan cuti berkursus hendaklah berjumpa Pengetua apabila
kembali semula bertugas.
vi.
Guru hendaklah sentiasa merujuk Pekeliling yang berkuatkuasa berkaitan
cuti dari semasa ke semasa
E)
PAKAIAN
v Guru
hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat
timur.
v Pakaian
berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan
bagi
guru perempuan.
v Guru
lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambutyang sesuai.
v Semua
guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut
sarung / bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas
dan rasmi.
v Semua
guru DIWAJIBKAN memakai pakaian
batik Malaysia pada setiap hari Khamis.
v Guru
yang mengajar pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
a)
Guru perempuan: seluar trek atau
seluar panjang yang sesuai,
- Kemeja
T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
b)
Guru lelaki : Seluar trek atau
seluar panjang yang sesuai kemeja T,
-
kemeja sukan , baju trek atau
jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpatumit.
v Apabila
menjalankan P & P di dalam bilik darjah, pakaian guru mestilahmengikut
ketetapan 6.1 hingga 6.4 (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985)
F)
TANDA NAMA
v Semua
guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah atau di luar
sekolah.
G)
BUKU REKOD PENGAJARAN GURU
1. Peraturan Buku Rekod
v Perkara-perkara yang berikut hendaklah dicatat/disimpan atau
dilekatkan dalam buku rekod :-
a.
Sukatan pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran sepenuhnya serta rancangan pelajaran yang diselaraskan dan disahkan oleh Ketua Panitia Mata Pelajaran.
b.
Jadual waktu peribadi
dan kelas (bagi guru tingkatan) serta analisisnya. Jika berlaku perubahan,
jadual waktu yang kemas kini hendaklah tercatat.
c.
Markah ujian
bulanan/Peperiksaan Pertengahan Tahun/Akhir Tahun berserta markah TOV (Kecuali
tingkatan 1)
d.
Kalendar Persekolahan.
e.
Perkara-perkara lain
yang berkaitan.
v
Tiap-tiap pelajaran
hendaklah dirancang dan disediakan terlebih
dahulu. Jangan sekali-kali menulis Buku Rekod apabila pelajaran telah selesai.
v
Penyediaan Buku Rekod
hendaklah terang dan memberi gambaran yang nyata
mengenai pelajaran
yang dirancang dan akan diajarkan dalam kelas.
Nyatakan sama ada pelajaran itu bertulis, perbincangan lisan, pelajaran yang diikuti dengan
gerak kerja dan kemahiran yang diajar.
v
Buku rekod hendaklah
sentiasa dibawa oleh guru semasa mengajar dalam
kelas.
v
Rekodkan butir-butir
setiap tugas menggantikan guru yang tidak
hadir seperti kelas, waktu dan pelajaran yang diajar.
v
Rekodkan juga
butir-butir mengenai kelas tambahan, jika diadakan.
v
Sukatan pelajaran dan
rancangan pelajaran setahun yang terbaru dilekatkan
dengan kemas dalam buku rekod (jika bertaip)danditandatangani
oleh Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran.
2. Penyemakan Buku Rekod
v Buku rekod mesti dihantar ke pejabat pada hari Khamis selepas waktu persekolahan.
v Jika kebetulan tarikh menghantar buku adalah cuti umum, buku rekod
dihantar pada hari sebelumnya. Jika guru tidak hadir pada tarikh menghantar,
buku rekod boleh dihantar pada hari pertama ia hadir semula ke sekolah. Jika
guru akan berkursus/ bercuti pada hari Khamis, guru dikehendaki menghantarnya
pada hari Rabu.
v Selain daripada yang di atas, Pengetua juga akan meminta Buku
Rekod untuk semakannya pada bila masa yang difikirkan perlu. Oleh itu kandungannya
mestilah kemaskini.
v Setiap kali penghantaran Buku Rekod hendaklah ditandatangani pada
Buku Semakan Hantaran Buku Rekod Mengajar.
v Buku rekod adalah kepunyaan sekolah dan hendaklah dikembalikan
apabila seseorang guru bertukar atau pada hari akhir persekolahan setiap tahun.
v Buku rekod lama boleh diambil untuk rujukan tetapi mestilah
dipulangkan semula ke pejabat.
v Apabila Pengetua/Nazir
atau pihak pemantau masuk menyelia dalam kelas, buku rekod hendaklah diserahkan
kepada pihak-pihak berkenaan.
3.Panduan Menulis Rancangan Pelajaran Tahunan
v Pada amnya rancangan pelajaran hendaklah menepati
kehendak-kehendak Pekeliling 3/1999 Kementerian Pendidikan dan berdasarkan
Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran semasa. Perkara-perkara yang perlu
diberi pertimbangan bila menyusun rancangan pelajaran ialah ;
v Bila guru menyediakan rancangan pelajaran, guru eloklah merujuk
terlebih dahulu kepada ;
a)
Guru Kanan/Penolong
Kanan/Ketua Panitia mata pelajaran
b)
Sukatan pelajaran
semasa serta nota-nota guru yang disediakan bersama sukatan pelajaran itu jika ada.
c)
Buku atau kertas
Panduan Guru yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan bagi sesuatu mata pelajaran.
d)
Buku teks yang
digunakan bagi sesuatu kelas.
e)
Risalah-risalah yang
didapati semasa mengikuti Kursus di dalam Perkhidmatan bagi sesuatu mata
pelajaran.
f)
Nota-nota TV
Pendidikan yang diterima.
g)
Buku-buku rujukan/teks
siri lain.
h)
Guru yang mengajar
mata pelajaran tersebut pada tahun yang lepas
v Rancangan Pelajaran hendaklah disediakan untuk satu tahun dan dibahagikan
mengikut minggu persekolahan. Rancangan Pelajaran ini hendaklah disediakan pada
awal tahun pada masa penggal pertama sekolah.
v Oleh kerana rancangan pelajaran ini perlu disediakan pada awal
tahun, ada kemungkinan rancangan ini didapati tidak sesuai dengan kebolehan
murid-murid apabila guru melaksanakan rancangan itu di sesebuah kelas.
v Sekiranya ini berlaku guru-guru bolehlah mengubahsuai rancangan
pelajaran yang telah disediakan itu supaya sesuai dengan kebolehan dan
keperluan murid-murid.
v Pada hakikatnya, rancangan pelajaran hendaklah berdasarkan kepada
kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang sedang
dikuatkuasakan dan tidak terkongkong kepada buku teks. Ini bermakna guru jangan
lagi membahagikan kandungan buku teks kepada semester persekolahan sebagaimana
yang selalu dibuat.
v Sungguhpun butir-butir sesuatu tajuk yang hendak diajar telah
disusun mengikut keutamaan di dalam rancangan pelajaran tetapi pengajaran tidak
semestinya mengikut susunan itu dengan terlalu ketat. Ada kalanya keutamaan ini
perlu dirombak mengikut kebolehan murid-murid. Ada kemungkinan juga tajuk-tajuk
yang telah dirancangkan itu sesuai dengan keadaan masa dan peristiwa.
v Bagi pelajaran bahasa, tiap-tiap aspek bahasa baikpun besar atau
kecil perlu dimasukkan ke dalam rancangan pelajaran dan tiap-tiap aspek ini
hendaklah diajar pada tiap-tiap penggal. Masa dan kekerapan pengajaran
tiap-tiap aspek bahasa ini bergantung kepada kecekapan, pencapaian, keperluan
murid serta latar belakang murid dan persekitaran sekolah.
v Rancangan pelajaran bahasa hendaklah menunjukkan perkaitan aspek
besar bahasa tersebut bukan sahaja dari segi persediaan tetapi juga dari segi
perlaksanaan.
v Jika guru hendak menggunakan rancangan pelajaran yang sama pada
tahun berikutnya (kerana mengajar di kelas yang sama), rancangan pelajaran itu
hendaklah diperbaiki dan diubahsuai supaya menepati kehendak kumpulan murid
berkenaan. Guru janganlah menggunakan rancangan pelajaran yang sama
bertahun-tahun tanpa sebarang pindaan dan ubahsuai.
v Rancangan pelajaran boleh ditulis atau ditaip dan ditampalkan ke
dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar atau disimpan di dalam fail.
v Guru boleh juga memasukkan di dalam rancangan pelajaran
kerja-kerja mengulangkaji, pengajaran semula , kerja pemulihan , ujian atau
kerja kumpulan
H) PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
1. Mengajar Di dalam Kelas
v Seseorang guru tidak harus duduk sepanjang masa di dalam
kelas sewaktu mengajar. Apabila berada di dalam kelas guru hendaklah mengajar
atau mengawas kelakuan murid-murid. Apabila murid-murid membuat kerja bertulis,
guru seharusnya memantau setiap murid dan mengenal pasti murid yang lemah
supaya dapat diberi bimbingan serta merta.
v Semasa kerja-kerja amali, guru dalam makmal Sains, Bengkel KH,
Bilik Masakan dan Jahitan janganlah meninggalkan bilik/makmal semasa waktu
mengajar. Begitu juga guru-guru Pendidikan Jasmani hendaklah berada bersama
murid-murid semasa murid-murid menjalankan gerakerja.
v Guru-guru Penasihat/Pengawas Permainan/Rumah/Persatuan Kelab kelab
tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya untuk memberitahu ahli-ahli atau
pemain-pemain membuat persediaan bagi sesuatukegiatan atau permainan. Semua ini
hendaklah dilakukan dalam masa tidak mengajar.Tegasnya kerja-kerja mengajar
dalam kelas tidak boleh diganggu oleh sebarang urusan lain kecuali atas arahan
tertentu oleh pengetua.
v Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah untuk hal-hal yang tidak
penting.
2. Kerja-kerja
Bertulis
v Kerja-kerja bertulis mestilah diberikan dengan cukup dari masa ke
semasa.
v Buku nota dan rampaian/ujian serta kerja-kerja murid hendaklah
diperiksa dan ditandatangani oleh guru-guru yang berkenaan termasuk lewat
dihantar.
v Bila dikehendaki oleh Pengetua, buku-buku nota/ujian/rampaian
hendaklah diserahkan ke pejabat dengan segera. Jika perlu Pengetua akan membuat
laporan.
3. Penggunaan alat-alat
v Sebarang penggunaan alat hendaklah digunakan dengan betul iaitu
mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah ini.
§ Kebenaran daripada Ketua Jabatan atau Penjaga Stok dan dicatatkan
dalam Buku Pergerakan Harta Modal jika ianya Harta Modal
§ Menjadi tanggungjawab Guru yang meminjam untuk mengambil langkah –
langkah keselamatan daripada hilang atau dicuri barang berkenaan.
§ Bertanggungjawab kembalikan kepada penjaga stok dengan segera dan
tidak hilang, rosak atau dipinjamkan kepada orang lain dan sebagainya.
§ Jika rosak/hilang hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
§ Ketua Panitia / Guru Kanan mata pelajaran hendaklah
memastikan peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu
seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan serta ditampal.
§
4. Hal-hal lain
v Setiap guru adalah bertanggungjawab bagi prestasi akademik dan
keputusan yang baik mengenai murid-murid yang diajarnya tidak kira sama ada
kelas-kelas peperiksaan atau tidak.
v Guru-guru janganlah membiarkan murid “belajar sendiri” di dalam
kelas. Cara begini boleh dilakukan oleh mereka di luar sekolah. Oleh itu,
sebelum peperiksaan semua pelajaran mengulang hendaklah dirancang dan
direkodkan dalam buku rekod.
v Selepas peperiksaan, guru-guru mestilah mengulas soalan-soalan
peperiksaandengan segera dan kemudiannya meneruskan rancangan pengajaran tanpa
membuang masa lagi.
v Jadual ganti akan dibuat apabila seseorang tidak hadir. Menjadi
tanggungjawab guru untuk menyemak Jadual Guru Ganti pada masa kedua dan
menurunkan tandatangan pada jadual tersebut.
v Tugas ini akan digilir-gilirkan kepada setiap orang yang difikirkan berpatutan.
v Setiap guru yang diminta mengganti hendaklah memasuki kelas dan DILARANG membawa murid ke Perpustakaan
sebaliknya menjalankan pengajaran yang berfaedah kepada murid-murid di dalam
kelas.
v Guru yang akan bercuti atau menghadiri kursus hendaklah
memaklumkan kepada muridnya supaya menggunakan modul mata pelajarannya
sepanjang ketiadaannya di sekolah dengan diawasi oleh guru ganti.
I)
MESYUARAT GURU
v Semua guru DIWAJIBKAN menghadiri mesyuarat/taklimat mingguan. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat
hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan hendaklah
memberitahu Pengetua sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat itu diadakan.
v Guru juga wajib hadir dalam mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil
oleh ketua-ketua bahagian/panel mata pelajaran/setiausaha sukan dan sebagainya.
v Mana – mana Ketua Jabatan/Unit yang ingin mengadakan mesyuarat,
surat notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan SEHARI sebelum mesyuarat
v Sekiranya
guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran atau Pejabat
Pelajaran Daerah atau sekolah, arahan tersebut hendaklah dipatuhi. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan
Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran
v Guru
yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit
curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan mengunakan borang
khas yang boleh diperolehi di Pejabat Sekolah.
v Guru
yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila
balik ke sekolah hendaklah menjalankan “In
House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Penolong Kanan /
Pengetua, tarikh dan masa pelaksanaannya.
v Guru
yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Bidang.
J. KEDATANGAN MURID
1.
Jadual Kedatangan
v Jadual kedatangan adalah satu dokumen rasmi yang tertakluk kepada pemeriksaan Juruaudit Persekutuan dan Pegawai-Pegawai KementerianPendidikan
dan Jabatan Pendidikan pada bila-bila masa. Oleh itu, segala butir-butir di
setiap halaman dan ruangan hendaklah kemaskini.
v Jadual kedatangan tidak boleh dibawa pulang atau ditinggalkan di
merata-rata tempat seperti di Bilik
Guru. Jadual kedatangan hendaklah disimpan di pejabat pada tempat khas yang
disediakan.
v Nama murid hendaklah dituliskan sepenuhnya sebagaimana kad pengenalan/surat
beranak pada tiap-tiap bulan mengikut susunan abjad.
v Nombor pemegang biasiswa hendaklah ditulis di ruangan yang
disediakan dalam jadual kedatangan.
v Nombor surat kuasa pertukaran murid, baik yang pindah keluar atau
yang pindah masuk ke sekolah ini hendaklah dicatatkan di ruangan kedua halaman
ke 4 Jadual Kedatangan.
v Kedatangan murid hendaklah diisi oleh guru tingkatan semasa waktu
pertama.
v Jadual kedatangan hendaklah ditutup setiap akhir bulan dan akhir
tahun dan dilengkapi dengan analisis sekali.
v Setiap kesilapan dalam Jadual Kedatangan hendaklah dipotong,
ditandatangani dan butir yang betul ditulis semula. Tulisan timbal
sertapemadaman tidak dibenarkan. “Liquid
paper” tidak bolehdigunakan.
v Jika guru tingkatan tidak hadir, Ketua darjah/Penolong hendaklah
memberitahu akan kehadiran kepada Penyelia@penyelaras Tingkatan/Penolong Kanan
(HEM) yang menguruskan rekod kedatangan.
v Guru tidak dibenarkan meminta murid mengisi sebarang
maklumat di dalam Buku Rekod Kedatangan.
v Semua guru tingkatan dikehendaki menanda Buku Rekod Kedatangan
pada waktu pertama dan DIMESTIKAN menghantar
Buku Rekod Kedatangan Murid ke pejabat sebelum 8.00 pagi ke pejabat untuk urusan Penyelaras I-Hadir
2. Murid Tidak Hadir
v Jika murid tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau kehadirannya
berpola lebih dalam masa sebulan tanpa sebab, borang peringatan yang boleh
didapati dari pejabat hendaklah dihantar kepada ibubapa/penjaga murid.
v Bagi murid yang didapati ponteng sekolah huruf “P” hendaklah
ditulis dalam 0.
v Bagi murid yang lewat datang ke sekolah, huruf “L” hendaklah
dicatatkan dalam 0 tetapi dikira sebagai hadir.
v Bagi murid yang tidak hadir kerana sakit dan mengemukakan surat
penjelasan daripada ibubapa/penjaga atau doktor perubatan hendaklah dicatat “S”
dalam 0.
v Setiap surat peringatan hendaklah diedarkan kepada ibubapa/penjaga
mengikut prosedur yang ditetapkan.
v Setiap surat peringatan hendaklah dibuat dalam 3 salinan iaitu
salinan asal dihantar/diposkan kepada ibubapa/penjaga murid, salinan kedua
diserahkan kepada pembantu pejabat untuk difailkan dan salinan ketiga disimpan
dalam fail oleh guru tingkatan untuk rujukan peribadi.
v Tindakan terhadap murid yang tidak hadir tidak seharusnya
ditangguhkan oleh guru tingkatan.
v Guru tingkatan hendaklah melaporkan
dengan segera kepada Kaunselor/SU Disiplin pelajar yang tidak hadir lebih DUA
hari dalam masa seminggu tanpa sebab bagi tindakan lawatan ke rumah pelajar.
v Guru tingkatan yang menghadapi masalah dalam pengurusan Jadual
v Kedatangan murid, bolehlah hubungi Penolong Kanan atau Penolong
Kanan HEM untuk memperolehi khidmat bimbingan.
3. Murid Yang Memohon
Pertukaran /Berhenti Sekolah
v Dalam mengelolakan kes-kes pertukaran sekolah, guru
tingkatanhendaklah memastikan tindakan berikut dipatuhi :
v Pelajar boleh membawa buku-buku SPBT ke sekolah baru dengan
memaklumkan kepada guru SPBT terlebih dahulu.
v Pelajar diminta
§ mengisi borang pertukaran dengan menyertakan salinan surat nikah
ibubapa. Jika hilang, surat akuan daripada Penghulu/Ketua Kampung diperlukan.
§ salinan surat beranak
§ 1 salinan keputusan UPSR (pelajar tingkatan 1,2 dan 3) dan salinan
keputusan PMR (pelajar tingkatan 4 dan 5)
§ Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan atau
Penolong Kanan HEM.
v Dalam mengelolakan kes-kes pemberhentian sekolah hendaklah
terlebih dahulu rujuk kepada Pengetua/Penolong kanan atau Penolong Kanan HEM.
v Sebarang permohonan pertukaran/pemberhentian atau kiriman dokumen
ke sekolah baru hendaklah melalui Pengetua/Penolong Kanan atau Penolong Kanan
HEM dan disertai dengan surat iringan sekolah. Sebelum seseorang pelajar
bertukar/berhenti, butir-butir terkini (alamat sekolah baru, tempat tinggal,
nama ibubapa/penjaga serta nombor telefon) hendaklah diperolehi oleh guru
tingkatan.
v Apabila seseorang murid bertukar/berhenti, catatan yang lengkap (sebabberhenti/bertukar,(
tarikh) hendaklah dibuat dalam :
§ Buku Rekod Kehadiran
§ Buku Pendaftaran Pelajar (simpan di pejabat)
§ Catatan
v Apabila seseorang murid bertukar/berhenti sekolah, catatan lengkap
yang merangkumi sebab berhenti/bertukar, tarikh dan alamat baru hendaklah
dicatatkan sebaik sahaja kelulusan diperolehi dalam Buku Rekod Kehadiran dan
Buku Pendaftaran Pelajar yang terdapat di pejabat sekolah.
4. Ringkasan
§ Peratus Kedatangan : Jumlah kedatangan sebenar x 100 Jumlah
kedatangan sepatutnya.
§ Hitung Panjang Kedatangan
Bulan ini : Kedatangan Sebenar Bilangan hari
persekolahan
§ Hitung Panjang Ramai Murid : Jumlah Kedatangan yang sepatutnya
Bilangan hari persekolahan
5 Tugas Pada Akhir Tahun
a) Tutup
jadual kedatangan pada bulan November seperti biasa
b) Untuk
bulan Disember :
· Tulis senarai nama murid dengan penuh
· Bilangan hari tidak hadir – ruangan jumlah BKH dan jumlah pada
hari ini.
· Bilangan dalam daftar sama seperti pada akhir bulan November.
· Bilangan dalam daftar seperti dalam bulan November kecuali jika
ada pertukaran masuk atau keluar.
· Hitung panjang ramai murid.
c) Analisa
muka surat 37 :
· Untuk bulan Disember isikan seperti biasa kecuali ruangan H.P
Kedatangan dan % kedatangan.
· Ruangan Jumlah : Catatkan hitung panjang tiap-tiap ruang 1 (
Melayu) hingga 5 (jumlah)
· Ruang 7 dan 8, jumlah keseluruhan dibahagi dengan 11 keranauntuk
bulan Disember tidak diisi.
· Tandatangan guru di bawah tiap-tiap ruang.
K. KEGIATAN KO-KURIKULUM
v Kehadiran Untuk Kegiatan Ko-Kurikulum mengikut arahan SPI Bil 2/2007: Peruntukan waktu Kegiatan Kokurikulum 180
minit seminggu. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah WAJIB. Sehubungan itu kehadiran pelajar
dalam aktiviti kokurikulum MESTILAH
direkodkan (SPI Bil 2/1986, KP(BS)8591/Jld.11/4)
v Guru Penasihat Rumah/Permainan/Persatuan/Kelab dan lain-lain
kegiatan ko- kurikulum hendaklah hadir apabila kumpulannya menjalankan kegiatan
yang sudah ditetapkan dan hendaklah bersungguh-sungguh menyempurnakan
tanggungjawabnya. Sila tandatangan dalam buku Kedatangan Ko-Kurikulum.
v Guru-guru adalah diharap menyaksikan aktiviti sekolah sama ada di
dalam atau di luar kerana kehadiran guru adalah sumber utama semangat kepada
murid
v Semua mesyuarat, perjumpaan atau kegiatan pasukan permainan/rumah/persatuan/kelab hendaklah
diadakan selepas waktu sekolah kecuali dalam hal-hal tertentu dan setelah
mendapat kebenaran dari pengetua.
v
Guru-guru tidak
digalakkan memanggil murid keluar dari bilik darjah semasa pelajaran sedang
dijalankan.
v Mengawas dan memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah,
menjaga keselamatan mereka semasa perjumpaan/kegiatan ko-kurikulum di sekolah
atau di luar.
G. FAIL-FAIL SEKOLAH/SURAT
v Apabila guru-guru menerima fail/surat yang telah diminitkan
untuksesuatu tindakan, guru berkenaan hendaklah segera mengikut arahan dan
mematuhijangkamasa yang diberikan.
v Sila pulangkan fail atau surat asal ke pejabat dengan segera
setelah diambil tindakan.
v
Guru yang menerima
surat yang telah diminitkan kepadanya hendaklah menandatangani Buku Terima
Surat di pejabat.
v
Setiap surat yang
disimpan di dalam fail hendaklah dituliskan butir surat berkenaan pada kertas
minit yang disediakan di dalam fail berkenaan.
H. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS
v Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas, misalnya
mewakili sekolah untuk membawa murid bermain atau menghadiri mesyuarat bagi
pihak sekolah atau disuruh mengarahkan murid-murid melaksanakan sesuatu, maka
tugas itu hendaklah dilaksanakan sendiri, dan tidak boleh mewakilkan kepada orang lain melaksanakannya tanpa
pengetahuan/kebenaran pengetua.Semua guru di sekolah ini boleh diberi tugas
atas budicara Pengetua/Penolong Kanan dan guru-guru dikehendaki menjalankannya
denganpenuh tanggungjawab.
v Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain
keranasesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang
menggantinya, Pengetua/Penolong Kanan haruslah diberitahu terlebih dahulu.
v Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru sendiri tidak boleh
diserahkan kepada murid-murid misalnya, mengawas kegiatan kokurikulum, mengisi
kedatangan murid dalam buku jadual kedatangan,menyimpan kunci sekolah, mengisi
markah dan ulasan dalam kad laporan, kad 001/002, kad-kad tenaga asas dan
kad-kad ko-kurikulum.
I. KESELAMATAN MURID
v Semua guru yang mengajar sama ada di dalam bilik darjah, di dalam
makmal, di padang atau di mana sahaja di dalam premis sekolah adalah
bertanggungjawab terhadap keselamatan murid-murid di bawah jagaannya sesuai
dengan prinsip “the duty of care” dan “in loco parentis”
v Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang
bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan sewajarnya dengan segera dan
laporkan kepada Guru Bertugas.
v
Pengetua haruslah
diberitahu dengan segera sekiranya ada berlaku kemalangan/kecederaan ke atas
murid atau guru.
v Guru hendaklah sentiasa berwaspada akan keselamatan murid-murid
dan menyoal pelawat-pelawat yang diragukan.
v Pelawat-pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan murid atau guru
tanpa kebenaran dari Pengetua terlebih dahulu.
v Sebarang lawatan dan perkhemahan yang dianjurkan oleh
persatuan/kelab mestilah disertakan oleh guru pengawas.
v Kebenaran bertulis dari ibubapa/penjaga mestilah diperolehi
terlebih dahulu.
J. ORANG LUAR BERJUMPA DENGAN
GURU.
v Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa dengan guru
dan kakitangan bukan guru, tanpa mendapat kebenaran daripada Pengetuaterlebih
dahulu. Oleh itu, guru-guru dan staf sokongan diingatkan supayabertanya kepada
pihak yang hendak berjumpa itu sama ada ia telahmendapat kebenaran daripada
Pengetua atau tidak. Adalah menjadi tanggungjawab guru mengarahkan orang yang
berkenaan pergi berjumpa Pengetua.
v Orang luar juga dilarang berjumpa dengan guru atau murid di bilik
darjah atau semasa guru sedang mengajar. Guru berkenaan hendaklah meminta orang
luar itu berurusan di pejabat.
K. BERURUSAN DI PEJABAT PELAJARAN
v Guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Bharu/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk menguruskan hal-hal
perkhidmatan/ perjawatan tanpa kebenaran daripada Pengetua.
v Guru-guru yang dibenarkan pergi berjumpa dengan pegawai-pegawai di
Jabatan Pelajaran dikehendaki mengisi borang
v tertentu dan disahkan oleh Pengetua.
v Segala urusan di PPD/JPN mesti melalui Pengetua.
L. MENULIS SURAT RASMI.
v Semua surat rasmi yang berkaitan dengan hal sekolah atau
perjawatan hendaklah ditulis melalui Pengetua supaya surat itu dapat
disalurkankepada pihak-pihak tertentu.
v ‘Letter head’ sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran
Pengetua.
v Semua urusan surat menyurat mestilah dalam format rasmi dan
bertaip.
v Sebarang laporan atau maklumat yang hendak di hantar atau difaks
ke Jabatan Pelajaran Kelantan/PPD atau mana mana agensi kerajaan mestilah
bertaip.
M. BILIK GURU
v Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga susunan dan kebersihan
Bilik Guru pada setiap masa.
v Kelab guru adalah bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara
berkaitan termasuk keceriaan dan keselamatan Bilik Guru.
v Guru-guru tidak digalakkan makan di bilik guru.
v Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali merokok di dalam bilik guru
atau tempat-tempat lain di sekolah kerana sekolah adalah zon
laranganmerokok.
v Guru-guru yang membawa anak-anak transit di sekolah hendaklah
mengawas mereka.
N. GURU SEBAGAI AHLI PERSATUAN.
v Demi kepentingan Perkhidmatan Pelajaran dan Profesion Perguruan,
guru guru adalah dinasihatkan supaya menjadi ahli kepada persatuan persatuan:-
v Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
(PPKPPM) – dikhaskan kepada semua guru siswazah.
v Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) –
semua guru dan kakitangan Perkhidmatan Pelajaran.
v Lain-lain persatuan yang dibenarkan.
P. PESANAN DAN PEMBELIAN
BAHAN/PERALATAN
v Sebarang pembelian bahan/peralatan hendaklah disalurkan melalui
ketua ketua Unit dan mengisi Borang Nota
Minta.
v Serahkan Borang Nota Minta kepada Pegawai Tadbir (PT) Kewangan
untuk mencatatkan baki peruntukan yang ada dan mesti mendapat persetujuan
daripada pengetua.
v Pastikan bil/invois diperolehi sebaik sahaja bahan/peralatan diterima
dan diserahkan kepada pegawai tadbir untuk membuat pembayaran.
v Pastikan semua pembayaran dibuat dalam masa 14 hari daripada
tarikh bil/invois diterima.
v Setelah barang diterima menjadi tanggungjawab guru berkenaan
menyemak keadaan barangan tersebut danmerekodkannya dalam Buku stok dan
Pendaftaran Stok.
Q. PERHIMPUNAN RASMI
v Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Ahad dari jam 7.30
pagi hingga 8.20 pagi.
v Tepat jam 7.30 pagi semua guru dan murid wajib berada di tempat perhimpunan.
v Pengumuman-pemgumuman yang penting dihebahkan kepada guru dan
murid selepas bacaan doa. Guru hendaklah beredar terus untuk memulakan
pengajaran pada hari berkenaan.
v Aturcara Perhimpunan Rasmi adalah seperti berikut:
3.1 Memulakan
perhimpunan dengan membaca Alfatihah.
3.2 Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat
Sultan.
3.3 Tazkirah Mingguan
3.4 Laporan Guru Bertugas
3.5 Laporan dari guru – guru lain (Jika
ada)
3.6 Ucapan Pengetua/Pen Kanan
v Semua guru lelaki MESTI memakai tali leher DAN BERKOT
v Selepas perhimpunan, murid-murid beratur di luar bilik darjah
masing masing.
v Guru-guru yang mengajar pada waktu pertama hendaklah masuk ke
kelas dengan segera. Guru bertugas dan guru disiplin hendaklah mengawas
pergerakan murid-murid naik ke bilik-bilik darjah dengan dibantu oleh pengawas
sekolah.
v Menjadi tanggungjawab guru bertugas mingguan untuk menyelaras
acara acara di majlis perhimpunan mingguan.
v Jika tiada perhimpunan, Guru Tingkatan hendaklah berada di kelas
masing – masing pada waktu perhimpunan tersebut.
No comments:
Post a Comment